image.jpg

Derginin Adı: The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES)
Cilt: 2017/1
Sayı: 3
Makale Başlık: Infusion of Higher Order Thinking Skills (HOTS): Teachers’ Readiness in Teaching and Learning of Design and Technology Subject at Primary Schools
Makale Alternatif Dilde Başlık: Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Rendah
Makale Eklenme Tarihi: 22.03.2018
Okunma Sayısı: 4
Makale Özeti: Aspirational education wants the generation to be infused with higher order thinking skills (HOTS) in order to compete globally. To achieve this goal, subject of Design and Technology was introduced into Primary School Standard Curriculum with purpose to improve HOTS among primary school pupils. Design and Technology is a subject under the science and technology which was taught at Level Two in primary schools in order to develop human capital of 21st century and thereby assist the success of the proposed aspiration. The teachers’ readiness is the starting points for success because of teachers are implementers of the curriculum that has been enacted. However, the readiness and ability among teachers in delivering HOTS is low and conventional methods teaching is still widely used. Hence, the concept paper aims to discuss the teachers’ readiness, problems and needs in implementing HOTS for Design and Technology subject at primary schools. The teachers’ readiness to equip themselves with the knowledge and pedagogical skills of HOTS is an effort to improve HOTS among pupils. Teachers' needs in implementing HOTS are HOTS course that focus on Design and Technology content and learning standards, using module, and materials that can help HOTS teaching in the classroom. Besides that, continuous support and professional development in Design and Technology subject should be addressed so that teachers can be master in knowledge and pedagogy that can lead to HOTS teaching and learning in the classroom.
Alternatif Dilde Özet: Aspirasi pendidikan negara yang menghendaki generasi yang dididik diterapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) agar dapat bersaing secara global seiring dengan perkembangan kemajuan dunia. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) telah diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi meningkatkan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah. RBT merupakan mata pelajaran di bawah tunjang sains dan teknologi yang diajar pada Tahap Dua di sekolah rendah bagi membangunkan modal insan abad ke-21 dan sekali gus membantu kejayaan aspirasi yang dicadangkan. Kesediaan guru menjadi titik tolak kepada kejayaan tersebut kerana guru merupakan pelaksana kepada kurikulum yang telah digubal. Namun begitu, kesediaan dan keupayaan guru dalam menyampaikan KBAT masih rendah dan penggunaan kaedah konvensional dalam pengajaran masih meluas digunakan dalam kalangan guru. Justeru itu, kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan kesediaan guru, masalah dan keperluan guru dalam melaksanakan penerapan KBAT bagi mata pelajaran RBT di peringkat sekolah rendah. Kesediaan guru dalam melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi KBAT menjadi sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. Keperluan guru yang dikenal pasti dalam melaksanakan KBAT ialah kursus KBAT yang mengkhususkan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran RBT, penggunaan modul, bahan maujud dan sumber bahan yang dapat membantu pengajaran KBAT di bilik darjah. Selain itu, sokongan dan perkembangan profesional yang berterusan dalam mata pelajaran RBT perlu diberikan perhatian agar guru-guru RBT dapat menguasai pengetahuan kandungan dan pedagogi yang dapat menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran KBAT di bilik darjah.

PDF Formatında İndir

Download PDF