Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Di Sekolah Menengah

2020 The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Cilt 2020/4, Sayı 2

İngilizce öz

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang kerap digunakan oleh pelajar cemerlang berdasarkan kemahiran menulis. Seramai 234 orang pelajar Cina dan India tingkatan empat di sepuluh buah sekolah menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Soal selidik tersebut menggunakan skala Likert lima mata dan terbahagi kepada dua bahagian. Dua bahagian yang perlu diisi oleh responden, iaitu Bahagian A yang terdiri daripada maklumat demografi responden dan Bahagian B yang melibatkan strategi-strategi pembelajaran kemahiran menulis. Data soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan data deskriptif. Dapatan penyelidikan ini memperlihatkan bahawa pelajar cemerlang menggunakan strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran menulis pada tahap tinggi. Hal ini membuktikan bahawa pelajar cemerlang menggunakan kepelbagaian dalam strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa khususnya strategi kemahiran menulis agar dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran bahasa dengan lebih baik dan seterusnya memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.

Anahtar kelimeler