Kesediaan Sikap Guru Bahasa Melayu Dalam Program Peningkatan Profesionalisme Anjuran Pihak Luar

2020 The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Cilt 2020/4, Sayı 2

İngilizce öz

Program Peningkatan Profesionalisme merujuk kepada Komuniti Pembelajaran Profesionalisme @ Profesional Learning Community (PLC) sebagai wahana untuk mempertingkat kemahiran dalam bidang yang sama, tindakan untuk ingin tahu dan perkongsian maklumat. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan sikap guru-guru bahasa Melayu dalam menghadiri program peningkatan profesionalisme untuk meningkatkan bahasa Melayu. Kajian ini juga melihat hubungan kesediaan dengan sikap guru bahasa Melayu dalam memberikan latihan di tempat kerja kemahiran berbahasa Melayu dipertingkat. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 50 orang responden kajian guru Bahasa Melayu dari setiap sekolah di Daerah Sepang yang melibatkan 12 buah sekolah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set soal selidik yang diubah suai daripada kajian Rohaida (2017) yang dinilai dengan alpha Cronbach. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) 25.0. Data dianalisis secara analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu telah bersedia untuk menghadiri program peningkatan profesionalisme dari aspek kesediaan sikap guru bahasa Melayu adalah tinggi dengan min 4.346, manakala kesediaan guru untuk mendapatkan program profesionalisme anjuran pihak luar masih tahap sederhana iaitu min 3.104. Kepentingan kajian ini adalah kepada guru, institusi pendidikan, dan masyarakat.

Anahtar kelimeler