Kebolehlaksanaan Hab TVET: Program Perkongsian Sumber Kolej Vokasional Di Negeri Sembilan
2020 The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Cilt 2020/4, Sayı 2
İngilizce öz
Kolej Vokasional (KV) dibangunkan dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk modal insan bersahsiah, berilmu dan berkemahiran tinggi dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dan kekangan dalam pelaksanaan KV yang harus diberi perhatian. Antara kekangannya adalah kemudahan peralatan dan infrastruktur yang di hadapi di beberapa buah KV. Bagi menangani kekangan tersebut, dicadangkan kementerian membangunkan satu hab perkongsian sumber antara kolej-kolej vokasional dalam negeri yang sama. Hab ini turut bertujuan untuk membolehkan pelajar mendapat latihan menggunakan peralatan terkini, memudahkan program kolaborasi bersama industri dijalankan dan meningkatkan amalan Professional Learning Community (PLC) di kalangan guru KV. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebolehlaksanaan Hab TVET: Program Perkongsian Sumber Kolej Vokasional di Negeri Sembilan. Kajian ini menilai lima aspek kebolehlaksanaan iaitu memenuhi hasrat KPM, berdaya maju, mampu dilaksanakan, praktikal dan lestari. Kajian yang dijalankan secara kuantitatif dengan kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 55 orang guru vokasional di Negeri Sembilan sebagai responden instrumen soal selidik. Hasil kajian mendapati skor min bagi kelima-lima aspek kebolehlaksanaan adalah pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa hab ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh BPLTV. Program ini diharapkan dapat memberi impak yang tinggi kepada pendidikan vokasional di Malaysia dan dalam pengeluaran sumber tenaga yang diperlukan oleh negara.