Peranan Peserta Dalam Bahasa Sembang Whatsapp Berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu
2020 The International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Cilt 2020/4, Sayı 2
İngilizce öz
Pembangunan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) merupakan usaha ulung kerana bahasa Melayu masih belum mempunyai kerangka sebagaimana bahasa Inggeris yang mempunyai kerangka The Common European Frame Work of Reference for Language (CEFR). Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan peranan peserta dalam peristiwa bahasa sembang WhatsApp berdasarkan KSBM. Dalam kajian ini, responden yang terlibat seramai 149 orang yang terdiri daripada pensyarah dan staf pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Jenis kajian ini ialah kajian kualitatif. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Etnografi Komunikasi oleh Hymes (1974). Tempoh masa data yang dikutip selama satu bulan bermula 1 Februari 2020 hingga 29 Februari 2020. Kutipan data dilakukan melalui pemerhatian ikut serta. Data dianalisis melalui analisis bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta berperanan dalam mempengaruhi sembang melalui WhatsApp. Oleh sebab sembang tersebut dilakukan dalam suasana tidak formal, isu perbualan adalah pelbagai seperti isu berkaitan tempat kerja, nasihat-menasihati, makanan, aktiviti harian dan lain-lain lagi. Penyingkatan perkataan dilakukan untuk memudah dan mempercepat ahli kumpulan berinteraksi. Singkatan lazim kolokokial juga digunakan secara berleluasa. Komunikasi berlangsung dalam suasana tidak formal. Peranan peserta begitu mempengaruhi topik perbualan antara pemeran yang bersembang. Oleh sebab pemeran yang bersembang di WhatsApp terdiri dalam kalangan staf akademik dan staf pengurusan, penggunaan bahasa mereka KSBM ialah pada tahap tahap pertengahan iaitu 3 dan 4.